Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya izinkan saya menarik perhatian Y.Bhg Dato´/Datin/Tuan/Puan terhadap perkara di atas.
Untuk makluman Y.Bhg Dato´/Datin/Tuan/Puan, Pengurusan Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Gunasama (CPPG) sedang menjalankan satu kajian bagi mengenal pasti tahap kepuasan hati pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan cawangan ini mengenai aspek kerja semasa di cawangan ini. Sehubungan itu, sukacita sekiranya Y.Bhg Dato´/Datin/Tuan/Puan dapat melapangkan masa untuk menjawab soal selidik ini disamping memberikan pandangan dan cadangan tambahan, sekiranya ada. Hasil penemuan kajian ini akan disemak dan diteliti bagi membantu pengurusan CPPG merancang dan melaksanakan program yang bersesuaian bagi meningkatkan tahap prestasi warga kerja CPPG dalam pelbagai peringkat.
Sehubungan dengan itu, kerjasama Y.Bhg Dato´/Datin/Tuan/Puan juga dipohon agar dapat menjawab soal-selidik ini sebelum atau pada 31 Mei 2010. Segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan dan hanya angka-angka umum sahaja akan dianalisis dan digunakan bagi tujuan penyediaan laporan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:
| 1 |
Mohd. Mahyuddin Bin Yahya |
03-8885 4095 |
mahyuddin.yahya@jpa.gov.my |
| 2 |
Mohd. Izwan Bin Zahari |
03-8885 4095 |
|
Sekian, terima kasih.
Unit Kluster Kepimpinan,
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Gunasama,
Bahagian Perkhidmatan,
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia