Pengurusan Emosi

Bil Pernyataan Jawapan
1 Saya jarang mempamerkan kemarahan tetapi apabila marah, orang lain akan berhati-hati terhadap reaksi saya.
2 Saya berasa marah apabila mengenangkan penganiayaan yang dilakukan oleh orang lain terhadap saya.
3 Saya berasa sangat sakit hati apabila terpaksa berbaris ketika menunggu giliran atau orang lain.
4 Saya mudah naik angin walaupun terhadap perkara yang remeh temeh.
5 Saya sering bertegang leher dengan orang yang rapat dengan saya.
6 Kadang kala saya tidak dapat melelapkan mata di waktu malam kerana memikirkan perkara menyakitkan hati yang berlaku pada siang hari.
7 Walaupun saya jarang memberikan reaksi terhadap perkara yang menyakitkan hati ketika ia berlaku, saya selalu memikirkan apa yang boleh diperkatakan pada ketika itu.
8 Adalah sangat sukar untuk memaafkan seseorang yang telah melakukan kesalahan terhadap saya.
9 Saya berasa marah dengan diri apabila tidak dapat mengawal emosi.
10 Saya berasa jengkel terhadap individu yang bertingkah laku seolah-olah mereka tidak mempunyai pertimbangan yang waras.
11 Apabila berlaku perkara yang membuatkan saya berasa sangat marah, saya cenderung untuk jatuh sakit kemudiannya.
12 Saya berasa dikhianati kerana kerap dikecewakan oleh individu yang dipercayai.
13 Saya berasa kecewa dan geram apabila sesuatu yang dirancang tidak berjaya.
14 Sesetengah orang berasa takut dengan saya kerana mempunyai sikap panas baran.
15 Saya pernah menjadi sangat marah sehingga tidak dapat mengingati apa yang telah diperkatakan atau dilakukan.
16 Saya berasa benci dengan diri setelah bertengkar dengan seseorang.
17 Saya menghadapi masalah di tempat kerja kerana cepat marah.
18 Saya sering terlepas cakap apabila marah dan kemudiannya berasa menyesal dengan apa yang diperkatakan.
19 Saya mudah berasa kecewa dengan sesuatu keadaan sehingga ia mengganggu pemikiran.
20 Saya menenangkan hati dengan tindakan seperti makan atau merokok apabila berasa marah.
21 Saya akan membalas perbuatan individu yang menyakiti atau mengecewakan saya.
22 Saya pernah berasa sangat marah sehingga memukul orang lain atau merosakkan harta benda.
23 Ada kalanya saya berasa sangat marah sehingga terfikir untuk membunuh seseorang.
24 Kadangkala saya berasa sangat kecewa dan terluka sehingga menimbulkan keinginan mencederakan diri.
25 Saya seorang pemarah dan menyedari bahawa saya memerlukan bantuan untuk mengawal emosi tersebut kerana ia telah menimbulkan banyak masalah pada diri.
Maklumat Responden