BERTENANG
Tarik nafas panjang dalam dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda. Gunakan daya imiginasi anda untuk gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata. Sambil itu tarik nafas panjang dalam-dalam dan kemudian lepaskannya secara perlahan-lahan
BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP
Semasa dalam keadaan marah, ambil masa untuk memberikan maklum balas. Gunakan teknik kiraan 1 hingga 10 sebelum memberikan sebarang respon. Dengan cara ini, anda berpeluang untuk berfikir dahulu sebelum menyatakan sesuatu yang mungkin akan untuk menimbulkan rasa menyesal kemudiannya. Bak kata pepatah “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.” selepas mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain semasa dalam keadaan marah.
BERJUMPA DENGAN PAKAR KAUNSELING DAN PSIKOLOGI
Anda boleh berkongsi perasaan kemarahan yang dihadapi dan mempelajari cara teknik-teknik pengurusan dan pengawalan kemarahan yang mengawalnya dengan lebih berkesan.