Otak Kanan

  • Pemikir kreatif yang mengumpul maklumat melalui perasaan dan intuisi.
  • Proses pemikiran lebih berunsurkan emosi, intuitif serta abstrak yang saling berkaitan
  • Analisis maklumat atau penyelesaian masalah lebih bersifat bebas dan kreatif
  • Pemikir otak kanan meluahkan perasaan dengan menggunakan seni, muzik atau tarian.

Otak Kiri

  • Pemikir kritikal mengumpul maklumat menggunakan logik dan akal.
  • Maklumat ini disimpan dengan menggunakan perkataan, nombor dan simbol.
  • Proses otak kiri adalah deduktif, rasional, konkrit dan analitikal.
  • Pemikir otak kiri meluahkan perasaan dengan kata-kata ringkas, formula berangka, bertulis dan sistem teknologi.