Kesihatan Mental vs Kesihatan Fizikal
Kesejahteraan mental boleh memberikan kesan terhadap kesihatan fizikal. Penyakit
mental yang serius
boleh memberikan impak terhadap kehidupan. Individu yang menderita atau
mengalami masalah mental biasanya
kurang mengambil berat dari perspektif fizikal mereka. Berdasarkan kajian, kesan
penyakit mental dalam
kehidupan adalah lebih besar daripada risiko-risiko lain seperti merokok,
obesiti dan kencing manis.
Kesihatan serta penyakit mental dan fizikal merupakan sebahagian daripada
kehidupan yang penting dan saling berkaitan di antara satu sama lain.
Stres yang tidak dapat dikawal akan mengakibatkan gangguan emosi,
masalah tingkah laku, perubahan personaliti.
Keadaan ini menambahkan lagi risiko penyakit mental dan fizikal. Sebarang penyakit atau gangguan fizikal boleh memberi kesan emosi terhadap
individu dan ahli keluarganya.