top
logo


Home Resepi Roti, Kek & Pie Agar-agar Pelangi
Agar-agar Pelangi PDF Print E-mail
Written by Raudah Binti Kamal   
Monday, 08 August 2011 08:47

Agar-agar Pelangi


 

Resipi dari internet , masa penyediaan lebih kurang 20min. Dijamin sedap ! Selamat Mencuba..

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 180g gula pasir (manis buah, jika suka manis jadikan 200g)
  • 60g mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara

  1. Masak air hingga mendidih dan masukkan serbuk agar2, gula hingga semuanya hancur dan ketepikan;
  2. Pukul telur sebentar kemudian masukkan susu, tepung custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis;
  3. Satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla. Kacau lagi hingga rata dan tutup api;
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama banyak). Letakkan serbuk koko yang dibancuh dengan sedikit air ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata, dua mangkuk lagi letakkan warna kuning dan merah (atau terpulang puan/puan pilihan warna yang disukai);
  5. Sediakan bekas empatsegi sama 7x7 inci, sengetkan sedikit disebelah hujung dimana satu hujung akan lebih tinggi sedikit (lapik/alaskan dengan lipatan tuala misalnya untuk tinggikan sebelah bekas).
  6. Mula-mula tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan diikuti satu senduk adunan warna coklat. Ulang sampai semua adunan habis;
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Kemudian apabila agak sejuk sedikit, masukkan ke dalam peti sejuk. Bila dah keras bolehlah dipotong ikut suka saiznya... selamat makan.... : )

 

 

 

 

Last Updated on Tuesday, 06 September 2011 10:04
 

Undian

Anda Ahli Puspanita JPA?
 

Rancang Aktiviti

Resipi

Agar-agar Pelangi Agar-agar Pelangi Agar-agar Pelangi   Resipi dari internet , masa penyediaan lebih kurang 20min. Dijamin sedap ! Selamat Mencuba.. Bahan-bahan ( 5-6 ora... Read more
Apam Polkadot Apam Polkadot Apam Polkadot Resepi dari internet.   Bahan-bahan ( Sila sediakan 50 biji papercup medium ) 275 gm tepung gandum 220 gm gula ha... Read more
Daging Asam Pedas Melaka Daging Asam Pedas Melaka Daging Asam Pedas Melaka     Bahan-bahan ( 6 org ) 1/2 kg daging (rebus hingga empuk) 10 biji cili kering 3 biji bwg merah... Read more
Satay Goreng Satay Goreng Satay Goreng   Satay yg tk perlu dicucuk dan dibakar,hanya menggoreng aje tetapi rasa tetap same.Sesuai utk juadah hari lebaran dan ... Read more
Nasi Dagang Terengganu Nasi Dagang Terengganu   Nasi Dagang Terengganu Resipi tukang masak Sultan Bahan-bahan ( Untuk 25 orang makan ) Untuk nasi: · 1 gantang(2.7kg) beras wangi... Read more
Nasi Minyak Hujan Panas Nasi Minyak Hujan Panas   Nasi minyak hujan panas     Bahan-bahan ( 6 – 7 orang makan ) 4 cawan beras basmati 5 cawan air 1 kiub ayam 2 helai d... Read more

bottom

Powered by Joomla!. Designed by: gran turismo cockpit photography hosting Valid XHTML and CSS.