Pengenalan
Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara bersemuka di antara Pegawai Psikologi dan klien yang normal. Sesi kaunseling boleh dijalankan dengan membuat temujanji melalui aplikasi e-KPA di laman web JPA, e-mel, telefon, surat atau secara walk-in ke Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA. Jenis-jenis masalah yang dibincangkan semasa sesi kaunseling meliputi masalah prestasi & kerjaya, kesihatan, keluarga, pembangunan & kemahiran, kerohanian, kewangan, sikap, ketagihan, psikososial & lain-lain.
Sasaran
Selain penjawat awam, pelajar tajaan JPA dan pesara kerajaan layak menerima perkhidmatan kaunseling di Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA.

Kesihatan Mental

Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat. Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Ia merangkumi perasaan, fikiran dan tingkahlaku dalam diri sendiri, kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya serta bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, cabaran dan tekanan yang timbul dalam kehidupan seharian.

Selanjutnya

Penyakit Mental

Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses...

Selanjutnya

Jenis dan Penyebab Utama Penyakit Mental

Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :

Selanjutnya

Adakah Penyakit Mental Boleh Diubati ?

Ya, penyakit mental boleh diubati. Ini kerana kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubatan yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental.

Selanjutnya